Pemuda Maut Ditikam Bapa

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang pemuda maut ditikam bapanya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Seri Alam, dekat sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun, mati ditikam menggunakan pisau semasa pertengkaran dengan bapanya.

Beliau berkata pertengkaran itu yang turut disaksikan ibu mangsa, berakhir selepas mangsa maut akibat ditikam sekali dengan pisau di bahagian dada sebelah kiri manakala bapanya cedera dua tikaman dengan pisau iaitu di bahagian dada kiri dan di bahagian perut.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya selamat dan stabil," kata Jokhiri dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata pihak polis terpaksa mengambil masa lebih kurang sejam di tempat kejadian untuk berunding dan memujuk suspek sebelum dia ditangkap kerana masih berada di tempat kejadian iaitu di ruang tamu rumah bersama mangsa dan isteri suspek.

Sebaik ditahan, pihak polis terus membawa suspek yang berusia 54 tahun itu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di Hospital Sultan Ismail Johor Baru.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu disebabkan perselisihan faham yang telah lama berlarutan dalam keluarga itu, khasnya berkaitan kekangan kewangan untuk menyara kehidupan keluarga," kata Jokhiri.

Tambahnya, hanya ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah kilang manakala bapa dan mangsa tidak bekerja manakala tiga orang adik mangsa masih bersekolah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bapa , tikam anak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan