Suspek Kes Cubaan Bunuh Lari Selepas Langgar Polis

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Adegan kejar-mengejar melibatkan anggota polis dan seorang lelaki berakhir dengan tiga anggota keselamatan itu  cedera, manakala suspek melarikan diri.

Suspek, lelaki berusia 30-an ditahan polis yang menjalankan pemeriksaan rutin pada pukul 10 malam di Jalan Juru di sini, tetapi telah bertindak melarikan diri.

Anggota polis mengejar suspek sehingga kereta suspek berhenti di hujung jalan.

Lelaki itu kemudiannya diarah keluar dari kereta, tetapi sebaliknya dia bertindak mengundurkan kereta dan melanggar anggota polis terlibat.

Salah seorang anggota polis berjaya melepaskan tembakan ke kereta suspek tetapi tersasar.

Polis kemudian menemui kereta suspek yang ditinggalkan di kilang berhampiran, manakala suspek telah menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, beberapa barangan telah ditemui dalam kereta suspek dan siasatan sedang dijalankan kerana dipercayai terlibat dalam kes cubaan membunuh.

Dipercayai suspek adalah dari Selangor dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Tags / Kata Kunci: suspek terlepas , Nik Ros Azhan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan