Jamal Dibebaskan Selepas Tamat Tempoh Reman - Berita Jenayah | mStar

Jamal Dibebaskan Selepas Tamat Tempoh Reman

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan remannya berakhir pada Selasa.

Beliau berjalan keluar dari Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada tengah hari dan disambut oleh sekumpulan ahli pergerakan Baju Merah.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu telah ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu di sebuah hotel dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kekecohan antara polis dan kumpulan Baju Merah di sebuah pusat beli-belah di Ampang pada 13 November.

Dalam kejadian itu, Jamal mendakwa seorang anggota polis telah menumbuknya, tetapi kemudian mendakwa 'budak Zuraida' (Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin) yang telah menumbuknya, menyebabkan hidungnya berdarah.

Jamal adalah salah seorang yang ditahan, bersama beberapa ahli-ahli politik pembangkang, aktivis dan pemimpin pelajar apabila polis melakukan tangkapan, sebelum berlangsungnya Bersih 5.0.

Antara yang ditahan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan