SWAT Sarawak Berjaya Jerat Buaya 2.8 Meter

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 10:34 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seekor buaya dewasa berukuran 2.8 meter yang dijerat oleh Pasukan Tindakan Cepat Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Oya, dekat Mukah, kira-kira 250 kilometer dari sini, dihapuskan pagi Ahad.

SFC dalam satu kenyataan berkata pasukan itu dihantar ke Kampung Bakong, Oya, awal minggu lepas untuk memburu reptilia berkenaan berikutan satu kejadian serangan buaya yang mengorbankan Sili Ismail @ Esmail, 60, pada 11 November lalu.

Pencarian itu meliputi sekitar kawasan lima kilometer dari lokasi serangan, yang mana 13 mata kail ditempatkan di lokasi-lokasi di sepanjang sungai itu.

"Buaya jantan seberat kira-kira 200 kilogram itu dijerat hanya 100 meter dari lokasi mangsa diserang. Dengan kejayaan tangkapan buaya itu, operasi di Sungai Oya ditamatkan semalam," kata kenyataan itu.

SFC turut berterima kasih kepada semua pihak khususnya polis dan penduduk kampung atas bantuan mereka dan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada pada setiap masa apabila berada di sungai.
Tags / Kata Kunci: SFC , SWAT , buaya

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan