Anak Tumbuk Bapa Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis menahan seorang penganggur yang menumbuk bapa kandungnya sendiri kerana enggan memberikan wang yang dimintanya.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek berusia 30 tahun dari Pujut Adong Miri itu menumbuk kepala sebelah kanan mangsa berusia 61 tahun sehingga terjatuh pada tengah malam 20 November di Piasau Industries.

Khoo berkata, sebelum kejadian suspek menemui mangsa pada 9 malam untuk tujuan sama namun mangsa enggan memberi wang.

"Suspek selalu minta wang dan kerana tidak tahan dengan sikapnya, mangsa membuat laporan polis," katanya pada Isnin sambil menambah suspek kini ditahan reman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Tahan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan