SPRM Tahan Pengarah Jabatan Di Labuan

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 9:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan Persekutuan bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Pengarah berusia 59 tahun itu yang berpusat di Labuan ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira pukul 11.50 pagi Isnin.

Dua kontraktor berusia dalam lingkungan 40-an kemudiannya ditahan kira-kira pukul 6.30 petang di ibu pejabat SPRM Labuan.

Ketiga-tiga suspek akan direman di mahkamah majistret Labuan pada Selasa.

Sumber berkata akaun bank dengan wang berjumlah RM889,000 milik pengarah tersebut dan juga ahli keluarganya turut dibekukan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Pada minggu lalu, seorang pengarah syarikat berkaitan kerajaan ditahan kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan terlibat dalam kes rasuah.

SPRM turut menahan adiknya dan seorang pengarah urusan di sebuah syarikat serta membekukan akaun bank dengan dana berjumlah RM40.1 juta.

Sementara itu, kira-kira 12 kereta mewah dan empat jam tangan mewah bernilai RM300,000 dirampas daripada ketiga-tiga suspek.

Tags / Kata Kunci: SPRM , pengarah kerajaan persekutuan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan