Jalan Runtuh Bentuk Lubang Sedalam 20 Meter

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Penduduk di Felda Penggeli Timur dekat sini dikejutkan dengan insiden jalan runtuh membabitkan laluan utama ke kawasan penempatan itu sehingga membentuk lubang yang besar.

Runtuhan itu turut membentuk lubang sedalam 20 meter susulan hujan lebat sejak petang Ahad.

Ketua Kampungnya, Hambari Abd Rahman berkata penduduk menyedari keretakan di jalan tersebut kerana hakisan tanah sejak beberapa hari lalu.

"Kami tidak tahu hakisan tanah itu akan menjadi lebih teruk. Syukurlah, tiada yang cedera," katanya.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang juga Ahli Parlimen Tenggara dalam satu kenyataan berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu memperuntukkan RM200,000 untuk kerja membaik pulih kawasan yang terjejas.

"Buat masa ini, jalan itu ditutup sebagai langkah keselamatan dan operasi pembersihan akan dilakukan pada Selasa," katanya.


Tags / Kata Kunci: jalan runtuh , Felda Penggeli Timur

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan