Gajah Liar Bunuh Pekerja Ladang Ditembak Mati

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 9:03 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Gajah liar yang mengorbankan nyawa seorang pekerja ladang warga Indonesia di ladang kelapa sawit Dumpas dekat sini, ditembak mati oleh renjer Jabatan Hidupan Liar Sabah petang Ahad.

Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata terdapat kemungkinan bahawa gajah berkenaan akan menyerang lagi sekiranya terserempak dengan sesiapa sahaja dalam laluannya.

"Gajah ini sudah pun membunuh manusia...kami tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan gajah jantan ini.

"Kami mengesahkan gajah jantan ini berada di peringkat tertinggi aktiviti mengawan dan ia menjadi agresif ekoran peningkatan hormon testosteron dalam badannya, punca kepada tingkah laku ganas gajah itu," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau berkata pegawai di wilayah pantai timur juga berjaga-jaga dan memantau pergerakan kumpulan gajah di kawasan berkenaan serta memerhatikan kelakuan gajah lain dalam kumpulan itu.

Pada 19 November lepas, mangsa Ciin Bedu, 48, diserang kira-kira pukul 3 petang dan dipijak hingga mati oleh seekor gajah liar di kawasan ladang Dumpas dekat sini.

Ketua Polis Tawau ACP Fadil Marsus berkata bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati tengkorak dan tulang mukanya retak serta rusuk kiri dan kanan mangsa juga patah selain cedera parah di beberapa bahagian badan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: gajah liar , ditembak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan