Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 10:43 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki ditahan polis berhubung kes pembunuhan seorang pemandu lori berusia 27 tahun di Batu Maung, Pulau Pinang pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah (OCPD) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, kesemua suspek berusia antara 20 dan 24 tahun ditahan di sebuah pusat hiburan di Prai kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad.

"Keempat-empat suspek akan ditahan sehingga esok (Isnin) bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah, katanya.

Pada 20 Mei lalu, R. Jegathiswaran ditemukan mati dengan kesan luka tetakan di dalam longkang depan sebuah restoran di Batu Maung.

Mayat mangsa ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi pada hari kejadian.

Beberapa jari mangsa juga putus dan ditemukan 28 meter dari tubuh mangsa.

Sementara itu, seorang pekerja kilang meninggal dunia manakala seorang remaja berusia 17 tahun cedera parah apabila motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan di Jalan Rozhan di sini pada Ahad.

K. Kaartic, 21, mati ditempat kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi manakala mangsa yang cedera, Coh Yong Wei dikejarkan Hospital Seberang Jaya akibat kecederaan serius di bahagian kepala dan badan.

Tags / Kata Kunci: Bunuh , Bukit Mertajam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan