Pekerja Kilang Gula Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Perai

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang wanita pekerja kilang gula di Perai dijumpai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai ketika sedang menjalankan kerja di atas tongkang di jeti kilang berkenaan malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa S. Ravichanthar, 42, sedang menjalankan kerja di atas tongkang bersama seorang pekerja lelaki berusia 26 tahun.

Beliau berkata semasa mereka sedang bekerja, tiba-tiba pekerja lelaki itu terjatuh ke dalam Sungai Perai dan mangsa yang berada di situ cuba membantu menarik rakannya sebelum dia turut terjatuh ke dalam sungai kerana keadaan licin disebabkan hujan.

"Seorang lagi rakan mereka yang ternampak kejadian itu bertindak mencampakkan tali ke dalam sungai dan berjaya menarik pekerja lelaki berkenaan ke atas jeti," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata mereka cuba untuk membantu mangsa dengan membaling tali bagi menariknya naik ke atas jeti bagaimanapun wanita itu sudah tidak kelihatan di dalam sungai berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata selepas gagal mencari mangsa, mereka memaklumkan kejadian itu kepada majikan sebelum menghubungi pihak bomba bagi operasi mencari dan menyelamat.

Katanya anggota bomba berjaya menemui mayat mangsa di dasar Sungai Perai pada pukul 12.33 tengah malam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat," katanya.

Sementara itu, rakan sekerja mangsa N.Dorairaju, 41, berkata semasa kejadian dia sedang bekerja tidak jauh dari tongkang berkenaan sebelum terdengar pekerja lelaki tersebut menjerit meminta tolong dan ternampak dia terkapai-kapai di dalam sungai.

Katanya dia terus membaling tali yang terdapat di kawasan jeti itu untuk menyelamatkan mangsa dan menariknya naik ke atas jeti sebelum dimaklumkan terdapat seorang lagi pekerja turut terjatuh ke dalam sungai.

"Saya ingat seorang saja yang jatuh tetapi sebaik dimaklumkan seorang lagi turut terjatuh, saya terus baling tali sekali lagi ke dalam sungai tetapi masa itu mangsa sudah tidak kelihatan. Kami terus beritahu majikan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan