Empat Lelaki Terlibat Kes Bunuh Di Batu Maung Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Empat lelaki yang bersembunyi lebih enam bulan selepas dipercayai terlibat dalam satu kes bunuh di Batu Maung, dekat sini akhirnya ditahan dalam satu serbuan di Perai awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Roz Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu sebuah apartment di Jalan Lestari, Perai di sini kira-kira pukul 1.35 pagi ini dan menahan kesemua suspek.

"Kesemua suspek berusia antara 20 dan 24 tahun dan berdasarkan siasatan, dipercayai mereka terlibat dalam kes bunuh di Batu Maung pada 20 Mei lepas.

"Polis turut merampas telefon bimbit, Tab dan sebuah kereta jenis Proton," katanya di sini, Ahad.

Beliau berkata kesemua suspek dipercayai hidup berpindah randah bagi mengelak daripada dikesan polis dan mereka dikatakan telah bersembunyi di apartmen itu sejak bulan lepas.

Nik Ros Azhan berkata keempat-empat suspek yang tidak bekerja dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau itu diserahkan kepada Polis Daerah Barat Daya bagi siasatan lanjut kes bunuh berkenaan.

Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Dalam kejadian 20 Mei lepas, mayat seorang lelaki dengan kecederaan teruk pada tubuhnya ditemukan orang awam dalam longkang tempat letak kereta berhampiran sebuah bank di Taman Iping, Batu Maung. 

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan