Perompak Lari Bersama Lapan Dulang Barang Kemas Di Puchong

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Sekumpulan perompak melarikan lapan dulang barang kemas dalam satu rompakan di kedai menjual barang kemas di sebuah pasar raya di Puchong dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata polis dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 11.10 pagi Sabtu.

Jelasnya, enam lelaki memakai topi keledar dan jaket hijau membawa bersama tukul besi semasa insiden di tingkat bawah pasar raya tersebut.

"Empat suspek masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi berada di luar.

"Seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta jenis Toyota Wish," katanya.

Perompak tersebut kemudiannya melarikan diri menggunakan kereta tersebut bersama barang kemas yang dirompak.

Aminuddin berkata jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata secara berkumpulan.

Tags / Kata Kunci: rompakan , kedai barang kemas , Puchong

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan