15 Pemimpin Baju Merah, Kuning Ditahan Polis

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos merupakan antara 15 yang ditahan semalam dan awal pagi tadi berkaitan perhimpunan haram di ibu kota, Sabtu.

Jamal ditahan di rumahnya di Jalan Ampang di sini kira-kira 1.30 pagi ini, manakala Maria ditahan di pejabat Bersih di Petaling Jaya pada 5.20 petang Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata antara pemimpin lain yang ditahan adalah Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan bekas Exco Selangor Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya tangkapan dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Tangkapan ke atas individu-individu ini bertujuan untuk mencegah berlakunya rusuhan, pecah keamanan dan menggugat ketenteraman awam pada Perhimpunan Bersih 5.0," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Amar Singh berkata Jamal ditahan mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan iaitu  anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang, dan kesnya disiasat oleh Polis Selangor.

"Tangkapan terhadap Maria Chin dibuat sewaktu serbuan di pejabat Bersih di Petaling Jaya. 

"Siasatan dijalankan berikutan pendedahan media berhubung beberapa individu serta NGO dipercayai menerima sumbangan dana asing dan dikenal pasti mempunyai hubungan dengan Open Society Foundation," katanya.

Beliau berkata kes ini diklasifikasi mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Katanya, Loke pula ditahan di sebuah hotel di KL Sentral dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, manakala pagi Sabtu, Hishammuddin Rais ditahan di Bangsar.

Amar Singh berkata 10 orang pula ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan termasuk Liu.Sembilan lagi yang ditahan ialah Anggota Jawatankuasa Bersih Mandeep Singh Karpall Singh, anggota Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvam, aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Anis Syafiqah Md Yusof serta anggota DAP Wong Chee Wai @Jimmy Wong dan Lee Khai Meng. 

Turut ditahan aktivis Gerakan Merah, Hairol Nizam Md Nor, Razali Zakaria dan Muhamad Safwan Anang@Talib.

Amar Singh berkata seorang lagi pemimpin NGO GNGMM Ariffin Abu Bakar@Ipin Keramat juga ditahan mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

"Kesemua tangkapan akan dipohon reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Pihak polis masih lagi mengesan beberapa individu bersabit perhimpunan haram ini," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan