Bersih 5: Maria, Mandeep Direman Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 9:05 PM

Maria Chin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Sekretariat Bersih, Mandeep Singh direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Peguam yang mewakili mereka, Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran berkata, Maria ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Mandeep ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kedua-dua mereka dipindahkan ke Kuala Lumpur dan akan direman pada Sabtu," kata Eric pada Sabtu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan