Ahli PKR Buat 50 Laporan Polis Terhadap Jamal

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 2:10 PM

Datuk Seri Jamal Yunos

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli PKR secara keseluruhannya telah membuat lebih dari 50 laporan polis terhadap pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan di Balai Polis Ampang berkata, beliau juga menggesa ahli-ahli parti di seluruh negara untuk membuat laporan sama terhadap Jamal.

"Beliau dikenali sebagai pemimpin kumpulan Baju Merah dan telah membuat ancaman terhadap banyak pihak, termasuk pemimpin wanita kami," katanya.

Beliau mendakwa Jamal telah melakukan banyak tindakan keganasan dan telah muncul serta bersedia untuk bertembung dengan polis apabila pergelutan berlaku di pusat beli-belah Ampang Point di sini pada Ahad.

Beliau menambah tindakan Jamal itu amat membimbangkan dan menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan.

"Tindakan liarnya membimbangkan, jadi mereka perlu mengambil tindakan segera bagi memastikan ia tidak akan berlaku kepada orang lain. Jika ini berterusan, ia boleh menjejaskan imej negara," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan Jamal bahawa salah seorang penyokongnya telah menumbuknya dan menyebabkan hidungnya berlumuran darah semasa pergelutan itu.

Katanya terdapat bukti video untuk membuktikan bahawa dakwaan beliau tidak benar.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan