Pengawal Keselamatan Dibunuh Sekumpulan Lelaki Dipengaruhi Dadah

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 9:09 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang pengawal keselamatan mati dibunuh berhampiran tempat ia bertugas di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Permas Jaya, di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh ketika dihubungi berkata mangsa berusia 22 tahun itu dipercayai telah dipukul oleh sekumpulan lelaki pada pukul 5 pagi.

Orang awam menemui mayat lelaki berkenaan dalam keadaan tidak berbaju selang lima jam setengah kemudian.

"Kita menerima laporan penemuan mayat pada pukul 10.48 pagi dan hasil siasatan awal mendapati mangsa mati akibat kecederaan pada bahagian belakang badan, tangan kiri dan kanan serta kaki kiri," kata Sulaiman yang enggan mendedahkan identiti mangsa.

Beliau berkata berikutan maklumat orang ramai dan risikan dibuat pihaknya, empat lelaki berusia antara 20 dan 26 tahun telah berjaya ditangkap di dua lokasi berbeza pada hari sama bagi membantu siasatan.

"Tiga daripada suspek ditahan di Ayer Keroh, Melaka manakala seorang lagi di Johor Bahru.

"Polis kini berusaha mengesan seorang lagi suspek," katanya.

Sulaiman berkata pembunuhan dipercayai disebabkan pergaduhan kerana kesemua suspek mabuk dan berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek akan ditahan reman di bawah Seksyen 177 Kanun Prosedur Jenayah manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pengawal keselamatan , kes bunuh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan