Dua Kereta Milik Pemimpin MIC Johor Terbakar

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 11:54 PM

Dua kereta milik Mahendra musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua kereta milik ahli jawatankuasa MIC bahagian musnah dalam kebakaran di Taman Desa Jaya dekat sini.

Setiausaha MIC Bahagian Tebrau, S. Mahendra berkata dia dan keluarganya sedang tidur semasa insiden berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi di Jalan Lembah pada Isnin.

"Saya terbangun kerana terdengar jeritan jiran yang menyedarkan kami mengenai kebakaran yang memusnahkan kereta jenis Hyundai Tuscom milik saya di tempat letak kereta dan turut menjejaskan sebuah lagi kereta, Toyota Vios yang diletakkan di luar pagar rumah.

"Saya dan keluarga bergegas keluar dari rumah kerana api semakin marak dan sampai ke siling dan dinding anjung," katanya ketika dihubungi.

Katanya, beliau menggunakan kereta jenis SUV itu untuk menghadiri satu majlis pada malam kejadian.

"Saya pulang ke rumah kira-kira pukul 10.30 malam dan menonton televisyen sebelum masuk tidur," katanya.

Mahendra berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di rumahnya lima minit kemudian dan berjaya memadam kebakaran tersebut.

Beliau menganggarkan kerugian hampir RM200,000.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti jika wujud unsur jenayah atau kebakaran itu disebabkan faktor teknikal.

"Kami sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Bomba, tapi kita tidak menjumpai apa-apa senjata atau barang berkaitan berikutan siasatan awal," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan