Polis Tahan Suspek Gangguan Seksual Dalam LRT

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan yang didakwa melakukan jenayah gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di dalam LRT pada Selasa lepas ditahan oleh Polis Bantuan Prasarana pagi Ahad.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategi Prasarana, Lim Jin Aun berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan oleh Pasukan Unit Tindakan Khas (SAT) ketika berada di dalam bas Rapid KL laluan dari arah Subang Mewah menuju ke Pasar Seni pada pukul 11.15 pagi.

"Suspek itu telah dibawa ke pejabat SAT untuk proses dokumentasi dan diserahkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya dalam kenyataan, di sini.

Lim berkata pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan yang dibuat oleh mangsa yang mendakwa telah diganggu seorang lelaki di dalam LRT yang turut mendapat liputan meluas dalam media sosial.

"Rapid KL selaku operator kepada perkhidmatan LRT, Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas di Lembah Klang komited menjamin keselamatan serta keselesaan penumpang," katanya.

Lim berkata penumpang yang terlihat atau menjadi mangsa jenayah diminta melaporkan segera kepada anggota Polis Bantuan yang bertugas di stesen.

"Kerjasama daripada pengguna amat kami hargai bagi membanteras jenayah di ibu negara khususnya dalam pengangkutan awam," katanya.

Pada 8 November lepas, seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Syima Mohamad memuat naik gambar seorang lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dirinya ketika berada dalam kesesakan penumpang LRT di stesen Universiti sebelum suspek berkenaan turun di stesen Bangsar.

Tags / Kata Kunci: Gangguan Seksual , LRT

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan