316 Bungkus Air Ketum, 60Kg Daun Kentum Dirampas

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 11:34 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis merampas 316 bungkusan plastik berisi air ketum dan 60 kilogram daun ketum bernilai RM6,000 dalam dua serbuan serentak di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai, Kulim petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supt Helmi Aris berkata, dalam serbuan pada 5.30 petang itu, dua lelaki tempatan berusia 20-an turut ditahan ketika sedang leka merebus dan membungkus air ketum di lokasi pertama serbuan.

"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah kami menemukan 29 bungkusan plastik mengandungi air ketum dan dua guni mengandungi daun ketum seberat 11 kilogram," katanya.

Di lokasi kedua, 287 bungkusan air ketum dan 49 kilogram daun ketum yang diisi dalam lapan beg plastik turut ditemukan di sebuah rumah, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat di lokasi itu, katanya.

Siasatan mendapati satu paket air ketum itu dijual dengan harga RM3 hingga RM7 dan pelanggan akan datang ke rumah suspek untuk membelinya.

Helmi berkata, serbuan itu dilakukan setelah mendapat maklumat daripada orang ramai yang melaporkan kegiatan itu dan jelasnya polis sudah beberapa kali melakukan serbuan di sekitar kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10 ribu atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Tags / Kata Kunci: Ketum

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan