Akibat Berang, Penduduk Terbalik Tiga Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

MERSING: Berang dengan tindakan tiga lelaki yang cuba memecah masuk premis karaoke di Taman Fajar, Endau di sini, penduduk setempat bukan sahaja memukul ketiga-tiga suspek itu, malah menterbalikkan tiga kenderaan.

Malah bermula apabila sekumpulan lima lelaki menahan dan memukul tiga suspek yang cuba memecah masuk ke premis itu pada Jumaat malam.

Suspek dipukul menggunakan kayu dan menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun, insiden itu tidak berhenti di situ, sebaik polis tiba dan menahan semua lapan lelaki, penduduk di kawasan perumahan yang didiami suspek mendapat tahu mengenai tindakan memukul suspek.

Sekumpulan penduduk yang marah kemudiannya memprotes di depan balai polis daerah itu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Cyril Edward Nuing berkata, kumpulan itu ke premis karaoke pada kira-kira pukul 11.30 malam dan memusnah serta menterbalikkan tiga kereta di situ.

"Kami telah mengenal pasti pihak terlibat dan dua kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes itu," katanya.


Tags / Kata Kunci: Taman Fajar , Endau , karaoke

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan