SPRM Panggil 13 Saksi Bantu Siasatan Pengurus Besar GLC Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil sekurang-kurangnya 13 saksi bagi membantu siasatan berhubung seorang pengurus besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima sejumlah suapan melebihi RM10 juta.

Menurut sumber, mereka yang dipanggil untuk diambil keterangan antaranya terdiri daripada kontraktor dan beberapa agensi luar.

"Setakat semalam, SPRM telah memanggil seramai 13 orang saksi untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Oleh itu, SPRM akan terus memanggil saksi sehingga kes ini diselesaikan," katanya kepada Bernama.

Ditanya jika pihaknya akan membuat tangkapan lagi, sumber itu berkata beberapa tangkapan susulan akan dibuat melibatkan mereka memegang jawatan penting yang dipercayai menerima wang suapan dengan menyalahgunakan kuasa.

Pada Khamis lepas, SPRM menahan seorang pengurus besar syarikat GLC yang berumur 56 tahun itu di kediamannya di Seremban kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima wang suapan.

Suspek yang memegang jawatan itu sejak 2010 juga disyaki menamatkan perkhidmatan kira-kira 20 pegawai bawahan kerana enggan bersubahat dengannya, kata sumber berkenaan.

Semalam, pengurus besar syarikat GLC berkenaan direman selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM. 

Turut direman adalah dua kontraktor lelaki, dipercayai terlibat memberi suapan membenarkan mereka meneruskan projek di bawah seliaan suspek utama walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Perintah reman yang berkuat kuasa semalam sehingga Selasa itu dikeluarkan  Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah di Putrajaya.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: SPRM , GLC

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan