Seorang Mangsa Lemas Bot Terbalik Di Sungai Besut Dijumpai

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang daripada dua mangsa lemas kejadian bot terbalik di Sungai Besut dekat Kampung Cegar Batang, Pasir Akar , Hulu Besut pagi tadi ditemui oleh anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 1.45 tengah Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh, Mustaffa Ismail yang dihubungi Bernama berkata mangsa, Nurul Adira Afrina Hazman, 9, murid Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Pasir Akar, Hulu Besut, ditemui 50 meter dari kawasan bot mula terbalik.

Manakala seorang lagi mangsa Nurul Asmila Ismail, 16 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Besut masih belum ditemui lagi setakat ini dan usaha mencari sedang giat dijalankan anggota penyelamat.

Dalam kejadian kira-kira 9.15 pagi itu, lima daripada tujuh penumpang bot , empat daripadanya daripada satu keluarga terselamat apabila bot yang mereka naiki terbalik di Sungai Besut dekat Kampung Cegar Batang, Pasir Akar, Hulu Besut.

Mereka dikatakan sedang menuju ke satu destinasi untuk mencari siput etok.Mustaffa dalam pada itu berkata kesemua lima mangsa yang terselamat telah dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan dan keadaan mereka didapati stabil.

Mereka ialah Salahuddin Abdul Rahman, 54 dan isterinya Hasanah Mat Zin, 43 serta anak-anak mereka Norashikin, 22, Zarina, 31 dan anak saudaranya Aina Nasuha Ismail, 12.

Salahuddin ketika ditemui Bernama berkata mereka dalam perjalanan menuju sebuah lokasi pasir di seberang Sungai Besut untuk mencari etok ketika kejadian itu berlaku.

Katanya, apabila bot kayu yang mereka naiki bergerak kira-kira 100 meter dari jeti, bot yang mereka naiki tiba-tiba terbalik dan mula tenggelam di tengah sungai. 

"Saya hanya sempat menyelamatkan lima daripada mereka dengan masing-masing bergayut pada badan saya manakala dua lagi tidak sempat bergantung pada saya", katanya," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan