24,000kg Minyak Masak Disita Dari Kilang Di Ipoh

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 5:57 PM

Ketua Unit Anti Pencatutan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Perak, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan (kanan) menunjukkan paket minyak masak bersubsidi bernilai kira-kira RM60,000 yang dirampas di sebuah kilang pembungkus Jalan Lahat, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Perak menyita 24,000 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi daripada sebuah kilang pembungkusan di sini, Sabtu.

Rampasan bernilai RM60,000 itu dibuat ke atas sebuah kilang di Jalan Lahad, Menglembu kira-kira pukul 11 pagi tadi atas kesalahan menyimpan barangan terkawal melebihi had dilesenkan.

Ketua Seksyen (Bekalan, Harga dan Anti Pencatutan) KPDNKK negeri, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan kilang itu hanya boleh menyimpan 9,300 kg minyak masak bersubsidi seperti yang dilesenkan.

"Rampasan itu adalah yang terbesar di Perak sejak operasi penstrukturan minyak masak dijalankan pertengahan Oktober lepas.

"Siasatan awal mendapati syarikat itu merupakan pembungkus utama di negeri ini dan alasan menyimpan bekalan melebihi had sejak Februari lalu adalah takut kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.

Ahmad Ahrazzuddin berkata dalam serbuan ke atas kilang yang telah beroperasi 10 tahun itu, pihaknya turut menahan dua lelaki termasuk pemilik kilang. 

Beliau berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan jika didapati bersalah syarikat tersebut boleh dikenakan denda RM2 juta mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya sepanjang tahun ini 28 kes berkaitan minyak masak telah dikesan di seluruh Perak melibatkan jumlah sitaan 54,537 kg minyak masak dengan nilai rampasan melebihi RM156,000.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: KPDNKK , minyak masak , Menglembu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan