Tiga Remaja Maut Kemalangan Motosikal

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga remaja, berumur antara 14 dan 16 tahun terkorban dalam dua kemalangan motosikal berasingan di Hulu Selangor dan Klang pada malam Khamis.

Dalam kejadian pertama, dua remaja maut selepas motosikal mereka merempuh tiang elektrik yang tumbang akibat dihempap pokok kira-kira pukul 8 malam.

Fariz Idham, 14, dan Muhammad Azim Azlan, 16, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Kempas, Kampung Bukit Kapar, Klang, oleh kakitangan perubatan.

Beberapa jam kemudian, seorang lagi remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas motosikalnya merempuh sebuah kereta Perodua Bezza di KM34.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R. Supramaniam berkata penunggang motosikal itu yang sedang dalam perjalanan dari Rawang ke Serendah, didakwa melanggar lampu merah di persimpangan trafik yang terletak berhampiran stesen minyak.

"Dia merempuh kereta Bezza, yang sedang membuat membelok ke kanan untuk masuk ke Jalan Kampung Damai Tambahan dari Serendah.

"Dia tercampak ke cermin depan kereta, sebelum jatuh di jalan raya.

"Dia tidak memakai topi keledar. Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya.

Supramaniam berkata pemandu Bezza yang berusia 24 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tags / Kata Kunci: kemalangan motosikal , remaja maut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan