Mekanik Maut Ditikam Anak Lelaki Dipercayai Sakit Mental

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Seorang mekanik maut selepas ditikam anak lelakinya yang dipercayai menghidap sakit mental di rumah mereka di Lintang Nau, Off Jalan Tengku Badar di sini, awal hari Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Alzafny Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, suspek yang berumur 21 tahun bertindak menikam mangsa, Ong Tun Hang, 58, dengan sebilah pisau.

Suspek yang merupakan anak bongsu tinggal bersama-sama mangsa di rumah teres dua tingkat itu dengan ibu serta tiga adik-beradik yang lain.

Alzafny berkata beberapa jam sebelum kejadian, suspek yang mempunyai masalah psikologi sejak berumur 16 tahun telah mengamuk dan cuba keluar dari rumah tetapi mangsa bertindak menghalangnya.

Mangsa kemudian tidur di ruang tamu berdekatan dengan pintu utama bertujuan untuk memastikan suspek tidak dapat keluar dari rumah, katanya dalam kenyataan di sini.

"Kira-kira pukul 1 pagi, kakak suspek terdengar jeritan mangsa yang memanggil nama suspek dan apabila kakaknya keluar dari bilik, dia melihat ayahnya sedang bergelut dengan suspek dalam kawasan gelap dan setelah itu suspek terus melarikan diri dengan memanjat pagar rumah.

"Apa yang berlaku disaksikan oleh kakak dan emak suspek sendiri. Kakak suspek kemudian membuka lampu di ruang tamu dan melihat mangsa terbaring di hadapan pintu utama dalam keadaan berlumuran darah," kata Alzafny.

Beliau berkata suspek dipercayai mengambil pisau dari dapur dan menikam mangsa dalam pergelutan itu.
Katanya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan akibat kesan tikaman di bahagian belakang bahu dandi rusuk kiri.

"Siasatan oleh pasukan forensik polis menjumpai satu hulu pisau berukuran kira-kira 4.5 inci bersebelahan dengan mangsa. Mata pisautersebut telah patah dan masih berada dalam keadaan terpacak di bahagian belakang bahu mangsa," katanya.

Menurutnya, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di rumah berkenaan. Alzafny berkata suspek ditahan kira-kira pukul 9.15 pagi ini di kawasan tempat penyimpanan lori di Jalan Tengku Badar di sini, yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah mangsa.

Semasa ditangkap, suspek sedang mandi di paip air yang terdapat di tempat penyimpanan lori itu dan berada dalam keadaan buntu serta tidak agresif.

"Suspek mengaku ada tikam seorang lelaki di leher tetapi dia tidak mengaku lelaki tersebut adalah bapanya. Suspek juga mengaku telah cuci pakaian yang dipakai kerana ada kesan darah," katanya.


Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tags / Kata Kunci: kes tikam , sakit mental , Ong Tun Hang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan