Empat Remaja Lelaki Mangsa Sindiket Kutip Derma Diselamatkan

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 10:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis menyelamatkan empat remaja lelaki yang dipercayai menjadi mangsa sindiket kutip derma yang memperalatkan budak tahfiz di sini malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kesemua mereka yang berumur antara 15 dan 20 tahun itu diselamatkan hasil intipan dan pemeriksaan polis di sebuah restoran di Lorong Tun Ismail 1 di sini pada pukul 11 malam.

"Semasa polis membuat pemerhatian di restoran terbabit, terdapat seorang lelaki berumur 17 tahun sedang mengutip derma daripada pelanggan yang berada di restoran tersebut.

"Polis kemudian menahan remaja lelaki ini bagi tujuan pemeriksaan dan menemui sebuah telefon bimbit, wang tunai RM145, sekeping kad nama tertera nama sebuah pertubuhan dan sekeping surat pertubuhan serta 11 botol ubat tertera gel herba," katanya.

Abdul Aziz berkata hasil soal siasat ke atas remaja lelaki itu, dia mendedahkan telah diarahkan seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Naza Citra berwarna hitam untuk mengutip derma bersama tiga lagi rakannya.

Beliau berkata bertindak atas maklumat itu polis bergegas ke sebuah stesen minyak di Tanjung Lumpur di sini dan menjumpai kereta yang dimaksudkan remaja lelaki tersebut sebelum menghampiri kereta terbabit untuk membuat pemeriksaan lanjut.

"Terdapat empat lelaki dalam kereta tersebut dan hasil pemeriksaan ke atas pemandunya, polis menemui sebuah beg silang berisi wang RM112 dan satu telefon bimbit, kad nama, sebuah buku berwarna kuning hasil kutipan derma mulai tarikh 18 Februari hingga 8 November 2016.

"Hasil pemeriksaan terhadap tiga lagi penumpang tersebut, polis menjumpai tiga telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM707, kad nama tertera nama sebuah pertubuhan dan tiga surat pertubuhan tersebut, 11 botol ubat tertera gel herba dan tujuh kalendar," katanya.

Abdul Aziz berkata pemandu itu dipercayai bekerja untuk sindiket berkenaan dan hasil pemeriksaan polis di rumah sewa suspek tersebut di Kota SAS di sini, menjumpai tiga tabung derma.

Katanya suspek itu ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007 (Eksploitasi Kanak-Kanak) manakala empat remaja itu telah dihantar ke sebuah rumah perlindungan mengikut Seksyen 44 ATIPSOM (Remaja Kutip Derma Yang Diselamatkan). - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: sindiket kutip derma , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan