PDRM Selamatkan 17 Hamba Seks Warga Uzbekistan - Berita Jenayah | mStar

PDRM Selamatkan 17 Hamba Seks Warga Uzbekistan

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita dipercayai 'ibu ayam' dan menyelamatkan 17 wanita warga Uzbekistan daripada menjadi hamba seks di Bukit Ceylon, di sini pada Isnin.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman akaun Twitter rasminya pada Selasa.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada Unit AntiPemerdagangan Orang  and  AntiPenyeludupan Orang (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D7 Bukit Aman kerana berjaya membanteras kegiatan itu.

"Syabas Unit ATIPSOM JSJ D7 PDRM@sia semalam tangkap seorang 'ibu ayam' di Bukit Ceylon, KL dan selamatkan 17 wanita warga Uzbekistan. #GoPDRMGo," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Bukit Aman turut menahan seramai 410 orang  yang disyaki terlibat kegiatan perjudian sepanjang minggu lepas di seluruh negara.

Khalid berkata STAGG turut merampas sebanyak 2,611 buah komputer dalam operasi berkenaan.

Berikutan itu, seramai 259 tukang urut dan pelayan pelanggan (GRO) ditahan STAGG dalam operasi menggempur maksiat di seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan STAGG Bukit Aman kerana membanteras kegiatan perjudian dan maksiat. -  BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan