Tren Kargo Tergelincir, Komuter Stesen Bank Negara Terjejas - KTM

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 9:05 PM

Perkhidmatan KTM Komuter bagi semua laluan dari Stesen KTM Bank Negara ke Kuala Lumpur Sentral mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir pukul 3 petang Isnin. Kelihatan penumpang KTM Komuter yang terkandas lebih 60 minit akibat gangguan tersebut di stesen komuter. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Komuter bagi semua laluan dari Stesen KTM Bank Negara ke Kuala Lumpur Sentral mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir pukul 3 petang Isnin.

Pengurus Besar Pemasaran KTM Intercity Y M Hamdan Husori ketika dihubungi Bernama berkata kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter berlaku kerana penutupan sementara laluan di sektor yang terjejas.


"Berlaku kelewatan kerana hanya satu daripada dua laluan sedia ada yang boleh digunakan. Perkhidmatan KTM Komuter dijangka pulih malam ini," katanya sambil menambah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Tinjauan Bernama di stesen KTM Bank Negara mendapati sehingga pukul 7 malam ini, masih ramai penumpang terkandas di stesen itu berikutan hanya satu laluan digunakan untuk ke destinasi Sungai Gadut, Sungai Buloh, Tampin dan Pelabuhan Klang.

Seorang penumpang Norfadilah Abdullah, 50, berkata beliau yang datang dari Lahad Datu, Sabah bersama suami dan tiga anak terpaksa menunggu lebih sejam untuk menaiki tren komuter untuk pulang ke hotel penginapan mereka di Serdang.

"Saya harap masalah ini tidak berulang kerana kami perlu menghadiri majlis konvokesyen pada awal pagi esok di Dewan Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang)," katanya ketika ditemui Bernama.

Difahamkan tren kargo yang terbabit dalam insiden itu sedang dalam perjalanan ke depot Kuala Lumpur Sentral bagi tujuan penyelenggaran.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kerja membaik pulih sedang giat dilakukan.

Menurutnya sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862 untuk maklumat lanjut.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan