Suspek Cabul Pelajar Universiti Direman Hingga Rabu - Berita Jenayah | mStar

Suspek Cabul Pelajar Universiti Direman Hingga Rabu

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 11:42 AM

Gambar fail Chua dan Ong di luar Balai Polis Kajang.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Polis melanjutkan reman seorang peguam berusia 33 tahun dalam kes mencabul kehormatan seorang pelajar universiti di sebuah kondominium di Bandar Sungai Long di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan bahawa suspek yang menyerah diri pada Jumaat dan ditahan reman selepas dia dikenal pasti oleh mangsa, akan direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan.

The Star melaporkan bahawa Cristal Chua dan Tammy Ong, kedua-duanya berusia 20-an, sedang berjalan ke kondominium yang disewa Chua apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul dan "meraba" punggung Chua.

Mereka berkata, lelaki itu juga cuba untuk meraba dada Ong tetapi dia menjerit hingga menyebabkan suspek melarikan diri.

Tags / Kata Kunci: Cabul
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan