Siasatan Awal Menunjukkan Berlaku Pergaduhan Kes Remaja Dibunuh Dan Dikerat

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 9:37 PM

Suspek kes bunuh dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Tangkak, Isnin, bagi mendapatkan perintah tahanan reman. Siasatan awal terhadap kes pembunuhan seorang remaja lelaki yang dikerat anggota badannya di Kampung Kesang Laut, dekat sini pada Ahad tidak menolak kemungkinan berlakunya salah faham antara mangsa dan suspek, sebelum kejadian. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Siasatan awal kes pembunuhan remaja lelaki yang dikerat anggota badannya di Kampung Kesang Laut, dekat sini pada Ahad menunjukkan kemungkinan berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek yang ditahan.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata suspek memberitahu polis bahawa mangsa ada datang ke rumahnya dan berlaku pergaduhan.

"Tetapi masih terlalu awal untuk mengetahui motif sebenar pembunuhan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Setakat ini beberapa anggota badan mangsa termasuk kepala dan kakinya yang ditemui semalam, sudah dihantar ke Hospital Tangkak untuk  siasatan, katanya.

Di Johor Bahru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata motif pembunuhan berkemungkinan disebabkan cemburu.

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan itu ditahan polis tidak sampai sejam di kawasan berhampiran penemuan lima bungkusan beg plastik hitam yang mengandungi anggota badan itu petang semalam.

Awal hari ini di mahkamah, Majistret Maslinda Selamat membenarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari mulai hari ini ke atas remaja lelaki berkenaan.

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , remaja dikerat , Tangkak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan