Pelajar Tidak Sempat Duduki SPM, Cedera Parah Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 10:28 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Seorang pelajar perempuan tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, apabila cedera parah selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Azhar Elmi Mustofar berkata Nurul Fakhira Husna Azmi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Aman di sini, yang tersepit dalam kereta patah paha kiri dan cedera di muka.

Katanya kejadian berlaku pada kira-kira 7 pagi apabila kereta Perodua Alza dipandu bapa pelajar itu, Azmi Mahmod, 43, yang juga guru di SMK Seri Aman, berlanggar dengan sebuah kereta BMW dari arah bertentangan di Kampung Banir Belikong di sini.

"Bapa mangsa dan pemandu serta seorang penumpang kereta BMW itu hanya cedera ringan, katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Katanya pelajar itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Krian untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Azhar Elmi berkata enam anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan pelajar itu yang tersepit dalam kereta.

Sementara itu, ibu pelajar terbabit, Zarinawati Abdul Wahid, 44, berkata keluarganya terpaksa membuat keputusan menangguhkan peperiksaan untuk anak sulung mereka itu kerana cedera parah.
Tags / Kata Kunci: pelajar SPM , kemalangan , SMK Seri Aman

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan