10 Rumah Musnah Akibat Angin Kencang Di Pulau Betong

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 11:42 AM

Salah sebuah rumah di Kampung Perlis yang rosak selepas dilanda angin kencang. foto Facebook Penang Kini

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Sepuluh rumah di Kampung Perlis, Pulau Betong musnah selepas dilanda angin kencang awal pagi Ahad.

Seorang daripada pemilik rumah, Khairul Amin Ahmad berkata dia terkejut apabila angin kencang tersebut memusnahkan bumbung rumahnya.

"Kebanyakan barangan rumah saya rosak. Memandangkan musim hujan sudah bermula, saya perlu membaiki bumbung secepat mungkin sebelum timbul masalah lain," katanya.

Angin kencang disertai hujan bermula kira-kira 1 pagi dan keadaan angin kencang berlaku kira-kira 30 minit selepas itu.

Menurut penduduk kampung, angin bertiup kencang sejak beberapa hari lalu dan mereka risau insiden itu akan berulang.

Nur Hidayah Omar, 26, berkata bumbung rumahnya hampir rosak disebabkan tiupan angin itu dan dia bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk jika angin kencang diiringi hujan lebat berterusan.

"Rumah jiran saya rosak teruk akibat angin kencang itu dan kami bernasib baik tiada perkara buruk yang berlaku kepada kami. Ketika kejadian, saya boleh dengar deruan angin dan bunyi seolah-olah zink bumbung rumah saya akan diterbangkan," katanya.

Empat tahun lalu, Kampung Perlis antara tiga buah kampung yang terjejas akibat angin kencang yang merosakkan kira-kira 100 buah rumah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata sebuah rumah rosak teruk manakala sembilan yang lain dilaporkan rosak sebahagian.

"Setakat ini, kami bantu apa yang mampu untuk meringankan beban penduduk kampung," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pulau Betong , angin kencang , rumah musnah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan