Polis Nafi Kes Bunuh Untuk Dapatkan Organ Manusia Di Bau

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Penduduk di Sarawak diberi jaminan tiada sebarang kes di negeri ini kononnya manusia dibunuh dan organ mereka diambil  seperti yang viral dalam laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dev Kumar berkata catatan dalam media sosial seperti itu "sama sekali palsu dan sengaja diada-adakan."

"Tiada kejadian seperti itu pernah berlaku di Bau atau di tempat lain di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan bagi menyangkal dakwaan itu.

Katanya polis menerima dua laporan pada Sabtu dan Ahad yang dibuat terhadap catatan di Facebook yang mendakwa seseorang telah ditangkap di Kampung Daun Sigai, di Bau, dalam Bahagian Kuching, kerana membunuh dua orang.

"Menurut catatan itu, penduduk kampung kemudiannya terjumpa anggota badan manusia yang organnya telahpun diambil.

"Ia seterusnya mendakwa tiga lagi suspek masih bebas dan menggunakan van putih bercermin gelap untuk mencari lebih ramai mangsa," katanya.

Dev berkata gambar mangsa terlibat turut disertakan.

"Polis sekali lagi memberi amaran kepada netizen agar tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. Mereka akan ditahan dan didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau berkata polis menyiasat catatan Facebook terkini itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik akaun Facebook yang dikenal pasti sebagai Marcello Michell dan Ivy Michelle supaya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PDRM , kes bunuh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan