Mayat Remaja Dikerat Dijumpai

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 11:58 PM

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab berikutan penemuan beberapa anggota badan remaja lelaki di dalam sebuah longkang di situ, Ahad.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt Mohad Idris Samsuri berkata, anggota badan mangsa, yang dipercayai berusia bawah 20-an, ditemui seorang pemilik rumah semasa sedang membersihkan halaman rumahnya.

Beliau berkata, saksi ternampak pergelangan kaki di dalam longkang itu lalu menghubungi polis kira-kira 3.15 petang.

Polis yang tiba untuk melakukan pemeriksaan kemudian menemukan lima bungkusan plastik mengandungi anggota badan yang dikerat kepada beberapa bahagian.

"Kepala mangsa tidak ditemui di dalam bungkusan berkenaan...ia ditanam tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badannya," kata beliau kepada pemberita di lokasi kejadian pada Ahad malam.

Mohad Idris berkata, mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Beliau berkata, seorang suspek lelaki ditahan di kawasan berhampiran kurang sejam selepas penemuan anggota badan remaja itu.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan