Polis Lawas Cekup Guru Edar Dadah

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 12:38 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Polis Lawas menangkap seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu pada 5.50 petang Jumaat.

Ketua polis Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata guru lelaki berumur 33 tahun itu ditangkap bersama-sama seorang lelaki berusia 36 tahun ketika mereka berada di dalam sebuah kereta di Jalan Merapok, Lawas.

"Berdasarkan siasatan kami, dadah itu tidak dijual kepada pelajar di sekolah tempat suspek mengajar," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Sebaliknya, kata beliau, dadah berkenaan adalah untuk dijual di daerah tanah tinggi Long Bawan, Indonesia.

"Kami telah mengesan dan memantau pergerakan mereka selama kira-kira empat bulan," katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Punang, Berayong Lawas itu juga didapati positif ampethamine.

"Ketika polis menangkap mereka, satu paket syabu seberat 27.7 gram, yang  dianggarkan bernilai RM4,000, didapati tersembunyi di dalam tempat letak tangan kenderaan berkenaan," katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU), kesatuan guru terbesar di negeri ini, menyuarakan rasa terkejut tentang penangkapan guru berkenaan kerana ia boleh mencemarkan nama baik profesioan perguruan.

Presiden STU Jisin Nyud berkata kesatuan itu sedia bekerjasama dengan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi masalah dadah. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lawas , Guru , Dadah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan