Dua Suspek Militan Daesh Ditahan Di KLIA

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 12:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua suspek anggota militan Daesh ditahan ketika cuba menuju ke Syria dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedua-dua suspek yang merupakan rakyat Malaysia berusia 29 dan 24 tahun, ditahan oleh pihak berkuasa Turki ketika cuba menyusup masuk ke Syria pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek kemudiannya ditahan oleh Unit Anti Keganasan Bukit Aman di KLIA pada 30 Oktober selepas suspek dihantar pulang oleh pihak berkuasa Turki.

"Seorang daripada suspek merupakan juruteknik berasal dari Johor manakala seorang lagi merupakan buruh dari Sarawak.

"Polis percaya kedua-dua mereka direkrut oleh militan yang dikenalis sebagai Mohamad Wanndy Mohamad Jedi," kata beliau menerusi satu kenyatan pada Jumaat.

Mohamad Wanndy merupakan individu yang bertanggungjawab mengatur penerbangan ke Turki dan perjalanan ke Syria.

"Kedua-dua suspek itu cuba mengaburi pemantauan pihak berkuasa apabila bergerak dari Butterworth ke Bangkok pada 23 Oktober.

"Kemudian mereka mengambil penerbangan ke Istanbul, kata beliau.

Menurut Khalid, penahanan dua suspek tersebut hasil perkongsian maklumat perisikan antara Bukit Aman dan pihak berkuasa Turki.

Tags / Kata Kunci: KPN , Daesh , KLIA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan