Minyak Masak: KPDNKK Buka 18 Kertas Siasatan

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 3:30 AM

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Jamil Salleh (kanan) memeriksa minyak masak ketika menjalankan Operasi Khas Coss (Skim Penstabilan Minyak Masak) di sebuah kilang pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lapan belas kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan berkaitan minyak masak, termasuk menaikkan harga, menyorok dan melanggar syarat lesen jualan bahan terkawal itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, daripada jumlah itu, seorang pengusaha akan didakwa di Pulau Pinang pada Jumaat, manakala empat kes lain akan dihadapkan ke mahkamah minggu depan.

"Selewat-lewatnya minggu depan kita akan kenakan tindakan tegas dan denda maksimum kepada mereka yang terlibat. 

"Denda yang kita boleh kenakan bagi kesalahan pertama mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 adalah RM1 juta dan kesalahan kedua pula sebanyak RM3 juta," katanya.

Jamil berkata, setakat ini, pihaknya menerima 189 aduan berkaitan bahan kawalan itu melibatkan lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin (tiga, kanan) pada majlis taklimat operasi khas COSS (Skim Penstablilan Minyak Sawit) bilik PIGOS, KPDNKK hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Henry Sum Agong (dua, kanan), Ketua Setiausaha Datuk Seri Jamil Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Basaruddin Sadali (kanan).

Beliau ditemui pada operasi besar-besaran KPDNKK hari ini susulan langkah penstabilan harga minyak masak bermula 1 November lalu.

Menerusi serbuan yang dilakukan di kilang pembungkusan minyak masak di Bandar Tun Razak di ibu negara mendapati, tiada kegiatan menyorok barang keperluan itu seperti dakwaan yang tersebar di media sosial.

Jamil berkata, dakwaan berlaku kekurangan minyak masak adalah tidak benar berikutan pengeluar minyak masak mengeluarkan lebih 10 ribu tan metrik minyak masak seminggu.

"Kalau kita lihat dari analisa ni, masalah aduan berkaitan minyak masak ni tidaklah besar seperti mana yang disangka. Saya harap pengguna-pengguna bersabar sebab isu ini bukan masalah utama kerana minyak masak ada bukannya tak ada," katanya.


iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan