Budak Lelaki 10 Tahun Dipercayai Hilang Di Cheras

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 1:14 PM

Noor Ayrill Aqasha

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang budak lelaki berusia dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah bapanya di Taman Maluri Cheras, sejak 31 Oktober lalu.

Ibunya, Siti Rohayu Yaacob, 37, berkata Noor Ayrill Aqasha, 10, kali terakhir dilihat di Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Cheras, pada Isnin.

Satu laporan polis telah dibuat selain posting dan gambar anak lelakinya itu disebarkan di media sosial bagi membolehkan ia viral.


"Mohon sangat-sangat jasa baik semua sahabat untuk viralkan gambar anak saya beserta keterangan ini.

"Untuk makluman laporan polis telah dibuat di IPD Cheras pada 3 November 2016 oleh bapanya," katanya.

Dilaporkan, Siti Rohayu hanya mengetahui mengenai berita kehilangan anaknya pada Khamis selepas dimaklumkan oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh bekas suaminya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi polis atau menghubungi Siti Rohayu di talian 018-779 4879.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan