Pemeriksaan Keselamatan Blok Barat HSA Dijangka Selesai Tiga Minggu

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan keselamatan blok barat bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dijangka selesai dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata proses pemeriksaan keselamatan blok itu, yang telah bermula minggu ini, sedang dilakukan oleh Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan.

"Mereka telah melantik beberapa pakar perunding swasta dan sedang membuat pemeriksaan tahap keselamatan blok barat (juga dikenali Blok D) dari segi keselamatan elektrik, gas biologikal, perkakasan elektrik dan keselamatan struktur.

"Mereka beritahu saya, mereka mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu untuk tamatkan pemeriksaan itu sebelum memberi laporan kepada kementerian mengenai tahap keselamatan blok tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Dr Subramaniam berkata laporan keselamatan yang diberikan itu nanti akan menentukan sama ada bangunan tersebut masih boleh digunakan atau memerlukan proses pembaikan atau pemulihan.

Menteri Kesihatan itu berkata demikian ketika mengulas perkembangan siasatan di HSA susulan kebakaran di Unit Rawatan Rapi di aras dua blok itu pada 25 Oktober dan kejadian litar pintas yang menyebabkan percikan api serta kepulan asap di dewan bedah aras satu blok sama keesokannya (26 Oktober).

Beliau turut memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan siasatan kebakaran di wad ICU tersebut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang sepatutnya dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh kejadian.

"Jadi selepas punca kebakaran diketahui, mereka (pihak bomba) akan menyerahkan laporan siasatan kejadian kepada kementerian dan kami akan lihat kesan kerosakan dan berapa kos untuk membaikinya.

"Kami juga tidak mahu memberi tekanan kepada mereka, sebaliknya memberi ruang dan masa untuk mereka lengkapkan siasatan," jelasnya.

Mengenai keadaan seorang pesakit ICU yang terselamat dalam insiden kebakaran wad berkenaan, Dr Subramaniam berkata mangsa masih berada dalam keadaan kritikal.

Kebakaran pada 25 Oktober lalu meragut nyawa enam pesakit kritikal di wad ICU itu manakala dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi cedera kerana terhidu asap.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: HSA , Menteri Kesihatan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan