Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Dakwaan Portal Ditaja Dana Asing

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat sebuah portal berita tempatan yang didakwa menerima dana daripada kumpulan asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan lima anggota itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zainuddin Ahmad.

"Pasukan ini sedang mengkaji laporan-laporan daripada Internet dan pengadu awam untuk mengenal pasti sama ada benar punca kewangan portal berita itu adalah daripada pihak luar.

"Bila polis telah siap mengkaji maklumat sumber luar ini, saksi akan dipanggil dengan kadar segera," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Menjawab soalan, Khalid berkata polis telah mengenal pasti beberapa saksi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Menurut laporan media Isnin lepas, satu kumpulan asing dipengerusikan hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Centre dan Malaysia kini dalam programnya untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata dakwaan itu perlu disiasat secara empirikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

Khalid juga berkata polis masih belum menerima laporan mengenai individu yang didakwa menghina al-Quran di Twitter semalam, dan kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan orang itu.

"Jangan ingat bila buka akaun palsu,  polis tidak boleh kesan dan terlepas daripada kami. Maka, berhati-hatilah dalam guna media sosial yang menyentuh sensitiviti agama dan hina pemimpin negara," katanya. 

Pada Rabu, Khalid di Twitter rasminya memberi amaran kepada seorang pemilik Twitter yang menggunakan nama 'Bersihmond@firamond' yang menghina al-Quran.

Di dalam tweetnya itu, Khalid meminta Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis mengesan pemilik akaun Twitter itu untuk diambil tindakan terhadapnya. -Bernam

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan