Guru Didakwa Cabul Murid Di Sabah Ditempatkan Di PPD - Chong

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 7:53 PM

Chong Sin Woon

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Guru disiplin yang dituduh merogol tiga murid di sebuah sekolah di Telupid, Sabah masih tidak dibenarkan kembali bertugas disekolah dan kini diletakkan di bawah pengawasan khusus kementerian, kataTimbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon. 

Beliau menjelaskan guru berkenaan berusia 53 tahun kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan terhadap pertuduhan tersebut selesai terutamanya oleh pihak polis. 

"Kami tidak akan benarkan beliau ditempatkan di sekolah," katanya berhubung laporan mengenai waris kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun terbabit yang mendakwa guru berkenaan telah kembali bertugas di sekolah berkenaan.

Guru itu dilepaskan dengan jaminan polis. 

Chong bercakap dalam sidang media selepas menutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pendidikan di sini pada Khamis.

Beliau turut mengulas saranan beberapa pihak, antaranya ibu bapa mangsa dan anggota Parlimen yang mahu tindakan lebih keras dikenakan berbanding hanya memindahkan guru itu ke sekolah lain. 

Chong berkata guru terbabit tidak boleh dibuang kerja selagi kesalahannya tidak dibuktikan mengikut undang-undang walaupun kementerian mempunyai kuasa untuk memecat kakitangannya yang melakukan kesalahan.

Mengenai KIK, Chong berkata penganjuran yang bermula sejak 2006 itu membawa banyak manfaat kepada kementerian kerana cetusan kreatif dan inovatif yang diketengahkan dapat dikembangkan dalam memberi nilai tambah kepada perkhidmatan pendidikan. 

Pada konvensyen yang disertai 20 pasukan itu, kumpulan Equals dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) dan Maker dari Kolej Matrikulasi Labuan masing-masing dinobatkan sebagai juara bagi kategori pengurusan dan teknikal, sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, piala serta sijil.

Tags / Kata Kunci: Guru rogol murid , PPD , Sabah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan