SPRM Tahan Tiga Individu Kemuka Tuntutan Palsu RM400,000

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dua kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bagi kerja-kerja membabitkan utiliti Telekom Malaysia (TM) di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit, Julai lalu.

Sumber daripada SPRM memaklumkan, ketiga-tiga individu lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi kerana mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran negeri dengan jumlah RM400,000 sedangkan  kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

"Kerja-kerja utiliti TM bernilai lebih kurang RM1.5 juta, daripada jumlah itu ada sejumlah RM400,000 kerja tidak dibuat tapi dituntut oleh  kontraktor-kontraktor ini.

"Kontraktor buat tuntutan palsu iaitu pihak TM yang bertanggungjawab mengesahkan kerja-kerja tersebut telah membuat perakuan palsu kononnya kerja telah siap sedangkan sebaliknya," katanya.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu itu, atau denda RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan itu.
Tags / Kata Kunci: SPRM , tuntutan palsu , Telekom Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan