Pelancong Australia Hilang Ditemui Selamat

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 3:46 PM

Gaskell tiba di wad kecemasan Hospital Miri kira-kira pukul 3 petang Selasa.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Pelancong dari Australia, Andrew Gaskell yang dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu, ditemui selamat.

Pasukan mencari dan menyelamat telah melakukan carian di puncak Mulu dalam usaha mencari Gaskel, 28, yang hilang sejak 20 Oktober selepas memulakan perjalanan secara solo.

"Ya, dia telah diselamatkan," kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Superintendan Law Poh Kiong.

Butiran tentang di mana dan bagaimana dia ditemui masih tidak lengkap kerana pasukan penyelamat masih berada di Mulu. Mereka tidak dapat terbang keluar kerana cuaca buruk.

Gaskell tiba di wad kecemasan Hospital Miri kira-kira pukul 3 petang Selasa, selepas diterbangkan keluar dari Mulu dengan helikopter.

Lebih daripada 60 anggota terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat, termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, pasukan pertahanan awam, serta renjer Perhutanan Sarawak.

Taman Negara Mulu mempunyai rangkaian gua yang luas, sungai bawah tanah dan gunung yang curam, serta dinding batu kapur yang tajam.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan