4 Mayat Disyaki Mangsa Bunuh Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 8:35 AM

Anggota polis mengangkat mayat disyaki mangsa bunuh untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Empat mayat disyaki mangsa bunuh ditemui dalam semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, di sini, petang Ahad.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata empat mayat dipercayai tiga lelaki dan seorang wanita yang belum dikenal pasti indentiti itu dipercayai dibunuh di tempat lain kemudian dibawa dan dicampakkan di semak berhampiran dengan jalan kampung itu.

Keempat-empat mangsa yang dianggar berumur antara 20 dan 30-an dipercayai sekurang-kurangnya telah meninggal dunia tiga hari lepas, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahman berkata berdasar pemeriksaan awal mendapati setiap mayat yang kepalanya dibungkus dengan plastik, mempunyai kesan tikaman di dada dan perut.

"Selain tikaman di dada dan perut, ada antara mangsa yang ada kesan calar di paha dan tangan mungkin kesan berlaku pergaduhan sebelum berlaku pembunuhan," katanya.

Selain itu, Abdul Rahman berkata salah seorang mangsa juga dipercayai mempunyai tatu di tangan kanan.

Katanya polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian termasuk oleh unit forensik dan pegawai perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan