Kilang Kasut Dijilat Api, Rugi Hampir RM100,000

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 9:44 PM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang mengawal kebakaran sebuah kilang kasut di kawasan Perindustrian Ringan Menglembu Ahad.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah kilang kasut mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila sebahagian daripada bangunannya yang menyimpan stok kasut baharu musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Ringan, Menglembu di sini, Ahad.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira pukul 1.57 tengah hari sebelum 19 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Ipoh bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, api marak di tingkat bawah bahagian belakang kilang manakala tingkat atas yang merupakan pejabat kilang tersebut tidak terjejas.

"Kebakaran berkenaan telah menyebabkan 40 peratus barangan termasuk perabot seperti almari dan alat pendingin hawa musnah dijilat api manakala hanya lima peratus stuktur bangunan musnah," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.

Katanya, ketika kejadian tiada mangsa di dalam kilang dan operasi memadamkan api masih lagi dijalankan bagi memastikan sebarang kebakaran tidak berlaku semula.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan