Maria Chin Ditahan Di Sabah - Berita Jenayah | mStar

Maria Chin Ditahan Di Sabah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Oktober 2016 4:40 PM

Maria Chin ditahan di Sabah kerana mengedar risalah kepada orang ramai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan di Sabah kerana mengedar risalah.

Ahli jawatankuasa Bersih, Fadiah Nadwa Fikri berkata Maria ditahan di Dewan Masyarakat Kota Marudu ketika mengedar risalah kepada orang ramai.

"Kami berada di Langkon dan salah seorang anggota polis datang ke arah kami dan memberitahu tindakan mengedar risalah adalah salah di sisi undang-undang.

"Anggota polis itu menyuruh Maria pergi ke balai polis untuk siasatan dan ketika ditanya sama ada dia ditahan, anggota polis itu memberitahu ya," katanya.

Insiden itu berlaku pada pukul 2 petang.

Fadiah berkata polis telah mengganggu aktiviti pemantau pilihan raya sejak pagi Sabtu.

"Sebelum itu, mereka mengganggu ucapan di Kudat dan beritahu kami ia menyalahi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Awam," katanya.

Beliau juga mendakwa sekumpulan penunggang motosikal mengoyakkan bendera Bersih.

Bersih 2.0 dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan Maria sedang menuju ke balai polis Kota Marudu.

Maria menyertai sebahagian daripada konvoi Bersih 5 di Kota Marudu yang terletak kira-kira 124 kilometer (km) dari Kota Kinabalu, Sabah.

Bersih mengadakan konvoi di seluruh negara menjelang perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) itu pada 19 November ini.



Tags / Kata Kunci: Maria Chin Abdullah , Kota Marudu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan