Wanita Hamil Enam Bulan Ditahan Selepas Curi Gelang Emas

Diterbitkan: Jumaat, 28 Oktober 2016 2:20 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita mengandung enam bulan diberkas polis selepas didapati mencuri dua gelang emas bernilai RM11,000 di sebuah kedai emas di Kampung Rapat di sini pada Khamis.

Wanita berusia 21 tahun itu ditahan hanya kira-kira 15 minit selepas melakukan perbuatan tersebut dalam kejadian yang berlaku pukul 11.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, wanita itu memasuki kedai dan berpura-pura membeli barangan kemas di kedai tersebut.

"Kemudian Wanita itu memakai dua gelas emas tangan dan bertanyakan harga kepada penjaga kedai.

"Ketika penjaga keadi itu sibuk melakukan pengiraan menggunakan kalkulator, wanita terbabit berlari keluar dari kedai bersama barang kemas tersebut.

"Suspek menaiki sebuah kereta jenis Toyota Wish yang dipandu oleh suaminya berumur 36 tahun,” katanya sambil menambah pasukan polis peronda dimaklumkan berhubung kejadian itu dan melakukan gerakan memburu kenderaan tersebut.

Chang Cheong berkata, suspek yang berasal dari Seri Manjung itu berjaya ditahan di Taman Desa Pakatan, berdekatan dengan Pasir Puteh pada 11.30 pagi.

“Wanita tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Suaminya mempunyai tiga rekod jenayah termasuk dua kes berkenaan dengan dadah dan satu lagi kes pecah rumah,” katanya.

Siasatan polis turut mendapati kereta yang dipandu suspek merupakan kereta klon yang dibawa masuk daripada negara jiran.

“Kami dalam proses untuk mendapatkan perintah tahanan reman ke atas mereka.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,"jelasnya.

Tags / Kata Kunci: gelang emas , kedai emas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan