Suami Isteri Maut, Dua Cedera Nahas Babit Dua Kenderaan Di Jempol

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 11:59 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Serting Hilir-Pulapol Air Hitam, Jempol pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, kenderaan Proton Saga yang dinaiki suami isteri itu bersama seorang anak perempuan mereka telah dirempuh oleh kereta jenis Proton Savy yang hilang kawalan yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan penumpang hadapan Proton Saga itu maut ditempat kejadian manakala anak perempuan mereka yang duduk dibelakang mengalami cedera ringan.

"Sementara pemandu Proton Savy mengalami cedera parah," katanya dalam kenyataan di sini.

Mangsa yang maut ialah Nasrudin A. Ghani, 53, yang merupakan Pembantu Am Rendah Pulapol Air Hitam dan isterinya Noridah Ahmad, 49.

Mengulas lanjut, Noorzainy berkata kejadian berlaku dijalan lurus dan beralun manakala cuaca adalah baik.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jempol Mohd Fahmi Abdullah berkata pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.

Katanya seramai tujuh anggota telah dikerah ke lokasi kejadian.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan