Bakar Rumah Sendiri Selepas Bergaduh Dengan Isteri

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 7:46 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kebakaran sebuah sebuah rumah di Taman Kuan Won Yuen di Jalan Bendahara di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata suspek dikenali sebagai Muhamad Safie Mahat, 41, yang juga merupakan penghuni rumah tersebut melarikan diri selepas bertindak membakar rumah itu.

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

"Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil  membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Sum berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, lima rumah teres papan musnah terbakar, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kerugian sedang disiasat.

Difahamkan, suspek bertindak membakar rumah yang disewanya itu selepas berlaku pergaduhan dengan isterinya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Putih menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.36 petang dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan