Bot Tunda, Baj Dirompak 62 Batu Nautika Dari Pelabuhan Bintulu

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sebuah bot tunda dan baj yang dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Tawau, Sabah, menuju Pelabuhan Klang, dilaporkan dirompak sekitar 62 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu, kira-kira 8.30 malam, Selasa.

Bagaimanapun, Pengarah Maritim Daerah 12 Bintulu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata bot tunda Ever Ocean Silk dan baj Ever Giant itu ditemukan pada 3.24 petang semalam oleh kapal maritim APMM, KM Jepak kira-kira 30 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu.

"Semua 10 kru dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan, namun masih trauma," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan APMM di sini awal pagi Khamis.

Beliau berkata perompak bersenjatakan parang mengambil beberapa peralatan komunikasi, dan sejumlah minyak diesel telah dipindahkan ke bot perompak.

"Kumpulan perompak itu menaiki dua bot, satu daripadanya jenis kayu. Jumlah perompak tidak dapat dipastikan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Aminuddin Abdul Rashid berkata sebaik APMM menerima laporan mengenai kehilangan bot tunda dan baj itu pagi semalam, kapal maritim APMM -- KM Jepak dan KM Tabah serta Bot Penggalang 33 dikerah bagi mengesan bot tunda dan baj itu.

Menurutnya bot tunda serta baj itu dilaporkan membawa muatan 2,499 tan minyak kelapa sawit yang dianggar bernilai RM14.99 juta.-- Bernama


 

Tags / Kata Kunci: baj , Pelabuhan Bintulu , bot tunda

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan